Untuk makluman, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) sedang menganjurkan Kempen  Media Sosial #SayangMalaysia  melalui Pertandingan Foto dan Video Pendek 2018 di media sosial dengan subtema yang menarik bermula Januari hingga Disember 2018 mengikut tema-tema yang telah ditetapkan. Kempen ini juga merupakan inisiatif lautan biru kebangsaan (NBOS) antara Jabatan dan Agensi kerajaan serta pihak swasta.

Objektif pertandingan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan serta menggalakkan pelancong domestik dan luar negara menggunakan platform media sosial untuk mengabadikan detik indah dan keunikan semasa berada di Malaysia.

Bagi menyertai pertandingan ini, peserta perlulah memuatnaik foto atau/dan video pendek berdurasi antara 30 hingga 60 saat di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dengan hashtag #SayangMalaysia dan hashtag #MyDestination (mengikut setiap subtema yang dipilih).

Untuk rujukan dan maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati di laman web rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di http://www.motac.gov.my/sayangmalaysia.

 

  • LAPORAN OGOS - KELAS MENCIPTA POSTER KEMERDEKAAN

    13 Ogos 2018

    TUJUAN Kelas mencipta poster kemerdekaan diadakan bersempena Negara menyambut kemerdekaan tidak lama lagi. kelas ini juga didakan untuk meningkatkan semangat kecintaan kepada tanah air dan sayangkan negara. AKTIVITI pelbagai jenis poster yang telah dihasilkan oleh para peserta mengikut kreativiti ma... Selanjutnya
  • LAPORAN OGOS - KELAS MENCIPTA PETA

    13 Ogos 2018

    TUJUAN Kelas mencipta peta menggunakan aplikasi Paint bertujuan meningkatkan tahap kreativiti para peserta menggunakan aplikasi Paint dan meningkatkan imaginasi di kalangan para peserta dengan membuat peta lokasi tempat tinggal masing-masing. AKTIVITI Seramai 10 orang peserta telah mengambil bahagia... Selanjutnya
  • MERCHANG BUS TICKETING

    08 Ogos 2018

    Bagi yang ingin membeli tiket bas: Alamat : Lot 502 A, Jalan Dungun, Kampung Pulau Rusa, Merchang, 21610, Marang, Terengganu Darul Iman. fb : https://www.facebook.com/Trgorirare https://www.wasap.my/60133765975📲 : https://www.wasap.my/60109864806📞 : 09-8321087 Selanjutnya
  • KAUNTER TIKET BAS EKSPRESS

    08 Ogos 2018

    En. Eddy adalah seorang usahawan yang telah mempunyai sebuah kedai menjual tiket bas yang diberi nama merchang bus ticketing. Pengalaman membawa bas selama tiga tahun telah membolehkan beliau untuk membuka sebuah kedai menjual tiket bas Seperti Darul Iman Ekspress, Mutiara Ekspress, Adik Beradik Eks... Selanjutnya
  • LAPORAN OGOS - GOTONG- ROYONG PI

    07 Ogos 2018

    TUJUAN Gotong-royong PI diadakan bagi mewujudkan suasana bersih di PI ekoran wabak HFMD yang semakin meningkat. ahli PI juga di nasihatkan sentiasa mengelakkan pergi ke tempat-tempat yang terdedah kepada HFMD. AKTIVITI Seramai 10 orang yang menyertai aktiviti gotong royong PI pada kali ini. kesemua... Selanjutnya
  • LAPORAN OGOS - PERTANDINGAN MEWARNA DASHBOARD

    07 Ogos 2018

    TUJUAN Memberi pendedahan pertandingan Dashboard peserta Dashboard. Pi1M Dashboard merupakan satu aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesi... Selanjutnya