IMG 20180418 163133

180418

TUJUAN

Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai TN50. 

TN50 merupakan satu inisiatif pembangunan negara jangka panjang. Sebagai sebahagian daripada persediaan dan tahap pembangunan TN50, Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah memberi mandat kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk memulakan proses dengan menerajui ‘Perbincangan TN50’, siri penglibatan dan aktiviti-aktiviti wacana yang bertujuan untuk mencetuskan aspirasi rakyat serta menentukan bidang untuk transformasi termasuk ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan alam sekitar dan sebagainya

Peringkat persediaan 2017-2019 akan menyaksikan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan pembangunan dokumen dasar TN50 seperti penglibatan dengan pihak yang berkepentingan dasar, pakar-pakar domain dan pemimpin dalam bidang-bidang tertentu.

AKTIVITI

Seramai 10 orang pelajar yang memasuki kelas pada kali ini. dan semuanya bersungguh-sungguh membuat pelbagai poster mengenai TN50. Diakhir kelas sesi pertanyaan di mulakan dan ramai yang telah faham apa itu TN50.

Gambar Disini