Khasidah binti Mamat adalah seorang Pegawai di Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual produk keluaran Muslim sepertiproduk Al –Hadad, Nuraysa , dan Qaseh Gold kini telah mengembangkan perniagaan beliau dengan membuka sebuah kedai yang diberi nama BERKAT QASEH I-SHOPEE.  

24131076 10211989444305849 7983829390331826649 n

 

Dibuka pada 10 August 1998 Merchang Tomyam & Seafood maggie ketam sangat popular di kalangan warga tempatan mahupun orang luar.hidangan ketamnya bersaiz besar dan sangat lazat. ramai kenamaan yang datang termasuk bekas menteri besar terengganu untuk menikmati hidangan yang disediakan di Merchang Tomyam & Seafood maggie ketam. kalau nak rasa jemputlah datang ke kampung kami pasti anda tidak akan menyesal.

u1

 

 

Ayu Amani Bridal yang diasaskan Zuhidayu binti Zullkifli bersamanya ibunya. dahulunya dikenali sebagai Butik Pengantin Yah dan apabila ibunya memberikan butik pengantin itu kepada anak-anaknya dan ianya telah bertukar nama kepada ayu amani bridal. butik pengantin ini sangat terkenal di Merchang dan telah ramai pengantin yang mengambil khidmat bridal daripada ayu amani bridal. hampir setiap kali cuti sekolah dan apabila tibanya musim perkahminan tempahan yang masuk begitu banyak dan hampir penuh. pakej yang ditawarkan seperti busana dan makeup, pelamin dan meja beradab serta pakej gubahan hantaran. harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan mengikut material yang digunakan.

11218919 578546158978421 5437599959714136497 n