Majlis Pengagihan Beg Sekolah 'BACK TO SCHOOL' Anjuran Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Marang.
Sebanyak 50 buah beg dari tajaan Yayasan Pelajaran Mara disumbangkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam majlis tersebut.

 

BELAJAR BERSAING, BERUSAHA GIGIH DAN BEKERJA CEMERLANG… J

 

Selalu kita dengar belia itu asset Negara malah setiap tahun akan diadakan Sambutan Hari Belia di dalam Negara kita.

Hakikatnya, negara bergantung harap kepada kira-kira 12.9 juta belia yang merupakan kumpulan demografi terbesar rakyat negara ini dalam memikul tanggungjawab untuk menjayakan agenda nasional dan wawasan negara. Belia yang sering dilabelkan sebagai golongan yang mempunyai semangat yang tinggi serta keterujaan dalam melakukan sesuatu, adalah penentu kepada kejayaan kesemua program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan.

Pelbagai program di jalankan seperti  Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP) serta Model Baru Ekonomi (MBE) bersama dengan Rancangan Malaysia Ke-10 yang menjadi asas lonjakan negara bagi pusingan terakhir ke arah wawasan 2020 memerlukan sumbangan serta pro-aktif belia untuk mencapai matlamatnya.

 Tetapi , persoalannya, adakah ramai di kalangan mereka sedar akan tanggungjawab besar itu sehingga mereka dinilai sebagai harta kepada negara?

Mohd Faisal bin Jamaluddin adalah anak jati Kampung Merchang Marang Terengganu. Beliau telah menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang Marang Terengganu dan seterusnya telah melanjutkan pelajaran beliau ke taraf yang lebih tinggi lagi dengan mengambil ijazah sarjana muda dalam bidang geografi di Universiti Utara Malaysia di Sintok Kedah. Selepas menamatkan ijazah beliau dengan kepujian dalam geografi. Walaupun masih tidak memiliki pekerjaan tetap tidak dapat mematahkan semangat beliau untuk terus memajukan diri beliau dengan memelihara arnab dan burung secara kecil-kecilan di halaman rumah beliau sendiri.

Belia perlu bijak dalam memajukan diri dalam mengorak langkah kea rah kehidupan yang lebih baik.

pesa5pesa1pesa2pesa3pesa4