Kerjasama antara Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya mengajak orang ramai untuk menyertai  

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK mengenai Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat Kebangsaan 2018. Tema video adalah JOM AMALKAN CARA HIDUP SIHAT!

Mesej video berdasarkan 5 skop amalan cara hidup sihat.

  1.        1. Aktiviti Fizikal
  2.        2. Makan secara sihat
  3.        3. Tidak merokok
  4.        4. Bijak menangani stress
  5.        5. Sihat tanpa alcohol

Sila hantarkan penyertaan lengkap ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 1 September 2018.

Pertandingan Video Pendek 2018

MERCHANG mukim cantik pemandangan menarik.

Sekiranya anda ingin berkunjung ke Kampung Merchang ianya terletak di tengah - tengah laluan utama dari Kuala Terengganu ke Dungun, yang jaraknya 42 km dari Kuala Terengganu dan 38 km dari Bandar Dungun.

Kampung ini juga terdapat 12 buah kampung kecil iaitu :

Kg. Seranting

Kg. Pulau Rusa

Kg. Baru Pulau Rusa

Kg. Padang

Kg. Pantai

Kg. Selawa

Kg. Tok Jenang

Kg. Padang Pauh

Kg. Gong Kassim

Kg. Tok Amat

Kg. Bukit Kechil

Kg. Durian Pahit

 MERCU

Perkampungan Merchang adalah sebuah perkampungan nelayan yang terdiri daripada masyarakat melayu dan hanya sebahagian kecil masyarakat cina mendiami kawasan perkampungan ini. Walaupun hanya dikenali sebagai perkampungan nelayan, namun perkampungan kecil ini amat popular di kalangan jurugambar dan juga pembuat filem di dalam Negara. Salah satunya iklan raya petronas yang berdurasi 2minit yang bertajuk harapan dan doa seorang anak yang mengisahkan anak yang menunggu bapanya pulang dari mencari rezeki meskipun laut bergelora pada masa itu… ianya boleh ditonton di link ini http://youtu.be/5bemZQucc9Y .

Keindahan perkampungan ini bukan sahaja terletak pada pemandangannya malahan dahulunya terdapat sebuah jambatan yang sangat cantik kerana ianya diperbuat daripada kayu yang mempunyai pelbagai keunikan apabila berkunjung di sini. Namun apabila masa berlalu dahulunya kayu digantikan pula dengan jambatan batu kerana untuk memudahkan penduduk yang sentiasa menggunakan jambatan ini. Seperti keunikannya telah hilang begitu juga dengan kemasyurannya, dahulunya ramai yang suka mengambil gambar untuk di letak dalam blog masing-masing sekarang tiada lagi. Walaupun begitu tempat ini masih mengekalkan pemandangan yang menarik untuk mengamit warga kota melepaskan segala masalah dengan gemersik alunan angin di pantai… 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berhubung perkara diatas, pihak penganjur pertandingan Dashboard Komuniti 2018 ingin memaklumkan kepada semua pengguna Dashboard pertandingan Module My Shop akan dilanjutkan tarikh tutup penyertaan sehingga 15 Mei 2018. Hal ini adalah untuk memberi peluang kepada komuniti yang belum sempat menyertai pertandingan dan lebih ramai pengguna dashboard untuk turut serta. Selain itu juga ia juga memberi peluang kepada pengguna Dashboard yang mempunyai masalah menjawab soalan kuiz di mobile app masing-masing.

Sekian Terima Kasih.

wqh

WORLD #QuranHour 

Dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) kali pertama pada 11 September 2016, World #QuranHour menghimpunkan kira-kira 4,000 peserta di lokasi utama Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.

Selain UIAM, program sama turut diadakan di 700 lokasi di Malaysia dan disertai umat Islam dari Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Albania, Australia, Bangladesh, Belgium, Bosnia-Herzegovina, Brunei Darussalam, Bulgaria, Russia, New Zealand, Mesir, Perancis, Indonesia dan Turki.

Hebatnya al-Quran sebagai mukjizat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ajakan untuk bersama membacakan ayat suci itu berjaya menyatukan lebih 10 juta umat Islam dari 50 negara seluruh dunia.

Untuk makluman, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) sedang menganjurkan Kempen  Media Sosial #SayangMalaysia  melalui Pertandingan Foto dan Video Pendek 2018 di media sosial dengan subtema yang menarik bermula Januari hingga Disember 2018 mengikut tema-tema yang telah ditetapkan. Kempen ini juga merupakan inisiatif lautan biru kebangsaan (NBOS) antara Jabatan dan Agensi kerajaan serta pihak swasta.

Objektif pertandingan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan serta menggalakkan pelancong domestik dan luar negara menggunakan platform media sosial untuk mengabadikan detik indah dan keunikan semasa berada di Malaysia.

Bagi menyertai pertandingan ini, peserta perlulah memuatnaik foto atau/dan video pendek berdurasi antara 30 hingga 60 saat di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dengan hashtag #SayangMalaysia dan hashtag #MyDestination (mengikut setiap subtema yang dipilih).

Untuk rujukan dan maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati di laman web rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di http://www.motac.gov.my/sayangmalaysia.