Assalamualaikum w.b.t  
Buat pengetahuan semua Pusat Internet 1Malaysia Kg Pantai Merchang akan mengadakan Program Dashboard Komuniti pada 18 Nov 2017. Pelbagai Aktiviti dan goodies dashboard akan diberikan kepada setiap peserta yang mengambil bahagian dalam setiap acara yang diadakan. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!!

 

 

Assalamualaikum w.b.t
buat pengetahuan semua Pusat Internet 1Malaysia Kg Pantai Merchang akan mengadakan Hari bersama EYE CARE sdn bhd pada 19 Sept 2017. Pelbagai Aktiviti akan diadakan jangan lepaskan peluang ini.

 

IMG 20170908 WA0001

 salam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Jabatan Advokasi dan Jangkauan (AOD) akan menganjurkan satu pertandingan video pendek mengenai isu penyebaran maklumat yang megelirukan/ palsu bagi komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Pertandingan video pendek ini bertemakan “Tidak Pasti, Jangan Kongsi” akan bermula pada 1 Jun 2017 sehingga 3 Julai 2017 dan menggunakan Facebook sebagai platform.

Seperti sedia maklum, penyebaran berita palsu merupakan satu isu lazim di Malaysia dan telah menjadi global pada masa ini. Penyebaran maklumat yang mengelirukan atau palsu akan memberi impak besar terhadap pelbagai isu terutamanya isu keselamatan negara. Oleh yang demikian, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menasihatkan orang awam untuk mendapatkan kesahihan setiap maklumat sebelum ditularkan di laman web www.sebenarnya.my. Objektif pertandingan ini ialah:

  1. Mewujudkan platform bagi menyalurkan maklumat kepada masyarakat  mengenai:

  • ·Bagaimana menentusahkan sesuatu maklumat dan sumbernya;
  • ·Menggalakkan pengguna Internet untuk tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih; dan
  • ·Kesan penyebaran maklumat palsu terhadap diri dan komuniti.

  1. Menggalakkan penglibat aktif dari komuniti Pusat Internet 1Malaysia; dan
  2. Menambah ahli berdaftar PI1M dikalangan komuniti tempatan.

Sehubungan dengan itu, pihak MCMC memohon kerjasama Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Internet (Service Providers) untuk memanjangkan maklumat dan mempromosikan pertandingan ini kepada kesemua Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di bawah selian masing-masing serta menggalakkan mereka untuk menyertai pertandingan ini dengan menghantar video-video yang dibuat oleh ahli-ahli PI1M masing-masing kepada pihak MCMC. Sila rujuk Lampiran untuk maklumat lanjut berkenaan Terma dan Syarat Pertandingan serta Kategori Hadiah Pemenang. 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pertandingan ini, pihak Tuan/Puan bolehlah hubungi Puan Nurul Fatirah Halim di talian 03 – 8688 8071atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

 

 

 

heart highlight valentine-555px SELAMAT DATANG KE PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG PANTAI MERCHANG 

 

heart highlight valentine-555pxTerlebih dahulu diucapkan kepada pengunjung-pengunjung di laman portal PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Kg Pantai Merchang. Mungkin sudah ramai yang mengenali PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Kg Pantai Merchang namun masih lagi yang tertanya-tanya apa itu PUSAT INTERNET 1MALAYSIA ? Kerana sebelum ini PUSAT INTERNET 1MALAYSIA dikenali sebagai PJK iaitu pusat jalur lebar komuniti. Pusat Internet 1Malaysia di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara.

heart highlight valentine-555pxAlhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T dengan limpah dan kurnianya  PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Kg Pantai Merchang telah berwajah baru apabila proses pengubahsuaian telah berakhir dan telah beroperasi pada 12 Jan 2015. Terdapat pelbagai kemudahan yang ditawarkan kepada pengunjung di  PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Kg Pantai Merchang seperti kemudahan computer yang mana terdapat 20buah computer untuk kegunaan pengunjung selain itu juga terdapat kemudahan mesin pencetak (printer), mesin pengimbas (scanner), laminate dan binding. Dan yang paling best kemudahan internet adalah percuma kepada pengunjung yang menjadi ahli  PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Kg Pantai Merchang iaitu 1 jam selama 3bulan. Kadar bayaran untuk ahli juga adalah tersangat murah diberikan kepada yang berminat untuk menjadi ahli di PUSAT INTERNET 1MALAYSIA kami J. PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Kg Pantai Merchang dibuka pada SETIAP HARI bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang dan ditutup pada cuti umum jadi datanglah beramai-ramai berkunjung ke  PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Kg Pantai Merchang , kami disini sangat mengalu-alukan kedatangan anda J… 

pi1m

staff

 

 

Assalamualaikum w.b.t
buat pengetahuan semua Pusat Internet 1Malaysia Kg Pantai Merchang akan mengadakan Program Dashboard Komunitipada 10 Sept 2017. Pelbagai Aktiviti akan diadakan jangan lepaskan peluang ini.

 

DASHBOARD KOMUNITI

JOMMM!!! BELAJAR ADOBE DI PUSAT INTENET 1MALAYSIA KG PANTAI MERCHANG

16177021 1411161985592933 325145794 n