WANITA BERJAYA INSPIRASI NEGARA…. J

 

Di dalam ajaran Islam, wanita yang bekerja dan berkerjaya bukanlah sesuatu yang asing, atau dalam erti kata yang lain Islam tidak melarang wanita untuk bekerja dan berkerjaya J . Menurut Zulkiple Abd. Ghani, ( 2005 ) mengulas tulisan  Zainab al-Ghazali yang menulis tentang wanita bekerja dan cabarannya membawa beberapa contoh tentang penglibatan wanita dalam pekerjaan seperti isteri Rasulullah s.a.w. sendiri, Saidatina Khadijah yang terkenal sebagai seorang peniaga yang berjaya dan juga berperanan sebagai  isteri dan ibu yang sempurna buat suami dan anak-anak.

 

USAHAWANITA BERJAYA

 

Zainah binti Shahim Shah adalah seorang ahli PI1M yang cemerlang dalam kehidupan sehariannya meskipun beliau seorang surirumah sepenuh masa dengan menjaga 7 orang anak. Beliau banyak menimba ilmu daripada pengalaman-pengalaman surirumah yang dipaparkan di laman social yang membantu suami dalam meningkatkan ekonomi rumahtangga tanpa bekerja di luar. Dengan ilmu yang beliau ada dalam pembuatan songket dan pastry beliau telah mengorak langkah dengan membuat kelas pastry kepada sesiapa yang berminat untuk belajar pastry dengan beliau. Beliau bukan sahaja mengajar di kedai beliau yang bernama K.NA CULINARY yang bertempat di kg merchang malahan beliau juga turut mengadakan kelas di serata tanah air apabila mendapat panggilan daripada pelajar beliau yang semakin ramai di setiap negeri. Setiap kelas yang beliau adakan akan detetapkan yuran untuk setiap pastry yang diajar. Dengan itu beliau dapat menambahkan lagi pendapatan 

 

cikna1

cikna2

cikna3

cikna4

cikna5

cikna6

cikna7

Nurul Aini binti Rosli adalah anak jati Kampung Pasir Putih, Merchang Marang Terengganu. Beliau telah menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang Marang Terengganu. Beliau mencebur diri dalam pembuatan kek secara online dan offline di rumahnya Kampung Pasir Putih. Meskipun dengan bermodal secara kecil-kecilan sehingga sekarang pendapatan beliau telah meningkat. kalau teringin nak merasa kek buatan "eny delight" bolehlah berkunjung ke akaun facebooknya di Eny Rosli....J

 

Antara tips yang dapat diambil daripada beliau adalah… J

 

  • Promosi barangan kita secara online dan offline.
  • Dapatkan jualan melalui promosi.
  • Urusniaga secara tunai.
  • Ikut mentor yang sudah Berjaya.
  • Sentiasa betulkan niat untuk bantu diri dan orang lain.

aini1aini2aini3aini4